On line

Monday, February 27, 2012

Alhamdulillah Rezki Angah

 Cuba fokus pada peringatan kedai Cina tu
tulisan jawi dan diterjemahkan pula
"Mencuri adalah BERDOSA ingat
akan  balasan ALLAH"

 Penuh bonet kereta untuk cendera hati
perkahwinan angah


Tidak ketinggalan untuk amal jariah.. duit  untuk beli 
YASSIN nie aku guna dari sumbangan mak ayah dan akak..
semoga mendapat keberkatan kita bersama

Kuala Terengganu 26 Febuari 2012 Ahad. Balik sekolah terus ke kedai borong di Jalan Pulau Kambing KT. Masuk je tergamam aku bile papan tanda besar peringatan kedai Cina  tulisan jawi dan diterjemahkan pula"Mencuri adalah BERDOSA ingatakan  balasan ALLAH". Dalam hati ku terfikir seorang Cina (Kafirun) pun gerun dengan balasan Allah ape tah kita nie. Allah Hu Akhbar. Hari nie kite org borong sumi, gula2 untuk dimasukkan dalam beg sbagai cenderahati perkahwinan angah nanti. Dalam beg kertas tu jugak kami akan letak surah Yaasin. Yassin kami beli kat Mydin je. Jimat dan yang penting matlamat tercapai. Mase aku balik kampung baru nie Mak ayah ada bagi sumbangan perkahwinan angah RM300 dan Akak RM150..Duit tu aku simpan untuk aku gunakan untuk beli Yaasin nie. Mudah2an sumbangan itu dapat mengalirkan amal jariah untuk selamanya Insyaallah.

Read more...

Saturday, February 25, 2012

Menjemput

 Cucu ku..
 
 
 Pok Chang Maras dan Kak Tam Melaka

Terengganu 25 Febuari 2012 Sabtu. Balik sekolah hari Khamis lepas jamuan perpisahan yang buat di Hotel Vista Kuala Trengganu, malam lebih kurang pukul 9 malam aku bertolak ke Cheneh Kemaman. Pagi sampai sebelum Jumaat aku bereskan jemputan di Cheneh. Lepas tu aku Sarang Semut Kemaman menjemput keluarga yang mengasuh angah mase sekolah Darul taqwa Kemaman 15 tahun dulu. Kami teruskan perjalanan ke Chukai Kemaman, pertemuan yang menyayat hati selam 30 tahun tak bertemu, keluarga Sha dan lamsung menjemput. Berehnti pulak di Dungun menjemput abg aziz dan keluarga... Kebetulan dia kedai pengantin, dia bagi pinjam 6 pasang baju pengantin.. penuh bonet kereta. Malam tu tido umh Ana Kbg Jela. Pagi bertolak ke umh Abg Yie ( Abg Sulung Ju). Kami singgah menjemput di Maras. Tempat Angah dilahirkan. Menangis Mak Su.. Angah banyak bermanje dengan mak su mase kecik. Mase tu aku belajar di Maktab lagi. Pok Chang nak sponser tembikai. Terus kan perjalanan, sampai di simpang bagi pilihan ke sha, samaada ke kiri (Pak Kancil Setiu) atau ke kanan (Pasir Puteh Kltn - kat cucu). Sha yang tak tahu mane arah kate kanan.. so aku pun ke pasir puteh laa.. Dapat jumpe cucu dan terus menjemput besan aku dan sedara mare sebelah along. Balik aku singgah menjemput pulak di Pak Kancil. Bertemu kawan-kawan dan anak murid mengaji aku disana. Balik kerumah Ana pukul 11.30 malam. Huuhhhh penat nak terima menantu nie weeehhhh... Kene giliran ko rang nanti baru ko rang taw macamana.. Tapi saba je lahhh..






Read more...

Sunday, February 19, 2012

JU Masuk U

Bangga....


Kali pertama menjejakkan kaki ke Universiti...
 
Kedah, UUM Sintok 18 Febuari 2012 Sabtu.  Isteriku Ju mendapat peluang melanjutkan pelajaran di UUM Sintok Kedah, namun pembelajaran bulanan di UNIZA Terengganu. Pendaftaran di UUM Sintok, dan perjalanan yang jauh... Huhh tekan2 xsampai2. Jauh giler. Aku bertolak pagi Jumaat dan singgah amik ayah mertua aku di Pak Kancil ( Bidan Terjun) siap terus gi. Sampai di Peneng umah biras aku Jan duk semalaman, pagi esok tu mintak di plankan lebih kurang aku pun berdesuuup gi. Aduuhhh jauhnye sintok nie weehh.. mungkin sebab tak biasa kut. Dari Peneng ke Sintok lebih kurang 1jam setengah. Lepas Ju daftar pukul 10 pagi, ade taklimat lak..aku dan ayah mertua aku lepak kat masjid kampung tradisi Changloon. Jam 5 .30 ptg aku balik ke Peneng. Pagi esok tu Ahad, xlarat sangat aku..amik MC. Tengahari gi ke Jeti cari buah jeruk.. lebih kurang 12.30 bertolak balik. Sampai di Pak Kancil pukul 7 ptg. Aku ucap tahniah dan semoga Allah beri ketabahan hati dalam meneruskan perjuangan yang baru bermula...


Read more...

InsyaAllah


Read more...

Monday, February 6, 2012

Tak Mustahil Bagi Allah


Melaka 5 Febuari 2012 Aku balik Melaka dengan Sha dan adik Mardhiyah. Sepatutnya akau balik minggu satu lagi 10 hb Febuari (anak mak saudara sha kawin )tapi aku balik awal kerana kakak ku buat kenduri kesyukuran kerana suaminya (Yusuf) naik pangkat dan adik perempuanku (Ina) dan suaminya (Zabidi) akan menunaikan ibadat umrah bulan April nanti. Aku pulak ambil kesempatan nie untuk bagi tahu dan menjemput ahli keluarga untuk turut serta dalam majlis perkahwinan anak ku nanti (9 Mac 2012 )
 Kuasa Allah mengetasi segalanya apabila barang kepunyaan ibuku (barang kemas dan duit tunai) yang hilang di rumah abgku (abg dek) telah dijumpai dalam laci bilik sembayang. Pada hal menurut Ibuku laci tu memang selalu dibukanya. Hilang tempat lain boleh ada semula kat rumah sendiri..Seolah2 atau memang begitu, Allah ubah dari tempat sipencuri kepada empunya barang...Masyaallah. Hebat Allah Taala.
                  Dalam ucapan tu Mak dan Ayah tak putus menyebut kebesaran Allah dan bersyukur atas nikmat kurniaanNya. Mak bile jumpe je terus buat syujud syukur tanda terima kepada Allah s.w.t. Juga mak tidak
ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada anak2 dan cucu2 yang telah mendoakan sehingga dikembalikan Allah barang yang hilang tersebut. Dikesempatan itu Ayah bagi ruang pada ku untuk menjemput angah yang akan berkahwin bulan depan nie.
Antara yang aku bentangkan ialah berkenaan dengan tarikh dan makanan yang akan di buat semasa perkahwinan itu nanti. Cadangan aku ialah masak nasi minyak , dalca, ayam masak merah, acar dan lain2. Tarikh yang menyebabkan kebanyakkan keluargaku tak dapat menghadirkan diri. Kak Aisyah ( ada kursus), Abg Nuar x kata ape2. Abg Dek (amik budak sekolah) pasal ari Jumaat tu sekolah di Pantai Barat masih lagi sekolah. Ema ( Taska ). Akak (ikut je)dan Abg Usup (masih sekolah lagi), Ina dan Zabidi ( xda cuti kerana amik cuti dah untuk umrah nanti), Anak2 buah di Universiti semua angkat tangan xleh.. Aku yakin alasan yang diberikan bukanlah direka2 untuk xgi rumah aku, tapi memang xleh elak. Nak wat mcmana. Hari yang dipilih xkena..Bila tiba giliran Abag sulung ku (ABG SEKOLAH) orang tanye.. awak ade cuti tak?? Dia jawab selambe..Utamakan Din..Utamakan Keluarga Kita..Aku yang duduk dekat dgn dia. Abg Sekolah Ulang 3 kali perkataan yang sama.. Aku terharu dengan kata2nye yang pendek tapi penuh makna.
  
 Abang Sekolah..Patut laa dia jadi ketua dalam
adik beradikku..





Read more...

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP