Monday, July 19, 2010
Friday, July 2, 2010
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULUNGKU
RENTETAN PERISTIWA
MAJLIS PERKAHWINAN ANAKKU
RAJA UMMU ATIYAH DAN AHMAD FARIS

Malam sebelum nie kita orang rebus telor.. 2500 bijik. Waww..banyak tu. Buat bunga telor, paking keropok, beg cenderahati, gantung langsir, jahit baju... macam kerja.. anak2 buah giat membantu.. Meriah sangat.. best. Orang2 kerja balik mandi dan sembahyang,pah tu datang semula menolong.. Mcam tu lah semangat kerjasama masyarakat kampuang Pulau Manis.. xkira fahaman politik, xkira baru lama jadi org kampung tu, semua dikira sama.. bersaudara..
10 Jun 2010, Khamis. Petang : Selepas Asar xsangka ramai sungguh orang kampung dari pihak kaum lelaki terutama pemuda2 kampung. Aku kira2 dekat 40 orang datang tolong lapah lembu. EMPAT EKOR.... 3 ekor aku sembeleh sendiri. sekor lagi aku bagi pada cikgu Mat sebagai meraikan dia sebagai tukang sembeleh di kampung tu.. 4 ekor tu aku tengok selesai dalam masa sejam je..cepat sungguh dia orang wat kije.. Alhamdulillahh..
10 Jun 2010, Khamis. malam : Sebelum magrib Ayah dan Mak aku memberikan pada cucu kesayangannya sepasang subang sebagai tanda kenang2an dari opah dan atok. Atok pakaikan sebelah.. Opah pakaikan sebelah.. Hehe..tp gambar tu xdpt disiarkan disini kerana untuk tontonan muhrim sahaja...
10 Jun 2010, Khamis. Malam : Selepas Isyak.. Lokasi di MASJID KG PULAU MANIS. MAJLIS AQAD NIKAH ANAKKU. Majlis yang memisahkan tanggung jawab selama 18 tahun seorang ayah terhadap anaknya.. Majlis yang memindahkan ketaatan seorang anak kepada seorang suami.. Majlis yang menghilangkan status seorang gadis kepada seorang ISTERI.. Walau apa pun itulah hakikatnya... Aku sendiri yang menikahkan mereka.. "Ahmad Faris bin Mohd Lutfi.. (sambil bersalam dan menggoncangkan sedikit tangan) lalu dijawab oleh bakal menantuku "saya" selepas itu aku memulakan lafaz ijab :" Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan akan dikau dengan anak perempuanku RAJA UMMUN ATIYAH BTE RAJA KHAIRUDDIN dengan mas kahwinnya 5ribu ringgit TUNAI.." lalu di jawab kabul oleh bakalbakal menantuku " Aku terima nikahnya seperti yang tersebut itu... " disambut oleh saksi sambil mengangguk2kan kepala dengan ucapan sah.. sahh... lalu bacaan doa kesyukuran dibacakansebagai tanda sah bahawa mereka sekarang adalah suami isteri yang sah..

Read more...




Subscribe to:
Posts (Atom)