On line

Friday, August 23, 2013

Hari Lahirku 45 tahun

Kek Hari Lahirku...
Hidangan bersama kek tersedia..
best sangat menu.. 
 Mee kari kuah pekat.. waaww
terangkat..
Baju dan Tai hadiah 
Hari Lahirku.. TQ sayang2ku
Dah 45 tahun dah aku.. 
Tapi aku masih dimanjai oleh isteri2ku
Rezki Tuhan....

22 Ogos setiap tahun datang lagi..Bila datangnya tarikh tu.. semakin meningkatlah umurku, atau proses penuaan berlaku dari segi angka umur. Proses penuaan diri ku ini telah berlaku sebanyak 45 kali..Namun aku redho akan ketentuan itu. Disini ku ingin merakamkan ucapan Tkasih pada isteri2ku tersayang dan anak2ku tercinta yang telah berjaya meraikan birthdayku pada kali ini.. Selalunya aku akan cuba menggagalkan usaha mereka untuk menyambut birthday aku.. bukan pe nak tengok kesungguhan mereka.. dalam senyap2 dia org tempah kek..beli hadiah. Muke selambe jee.. masing2 wat2 mcm tak ingat hari lahir ayah.. Bila orang azan je..berebut2 nak salam ucap slamat hari lahir ayah..hehee..ksh Sayang semua k..Alhamdulullah aku cukup bahagia dalam usia sebegini aku dapat merasai nikmat bahagia dalam berkeluarga.


Read more...

Friday, August 9, 2013

SELAMAT HARI RAYE 2013

Inilah keluargaku...
Yang tak de angah dan cucuku Multazam

Tema kita orang tahun nie.. Hijau...
 Meriah Raye Tahun nie
Semua ada kecuali kakakku
yang beraya di Mersing 

 Seramai-ramai nie kami naik
sekereta je.. Naza Ria.

Read more...

Sunday, July 28, 2013

AL FATIHAH UNTUK BAPA MERTUAKU

Telah pergi menemui Ilahi pada 24 Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 
semoga rohnya di cucuri Rahmat..Hendaknya.

Jenazah diusung keluar menuju
ke Tanah Perkuburan

Suasana sedih menyelubungi dipusara apabila
abang arwah daripada Johor Baharu Pak Cik Karim
 lewat 10 minit selepas upacar pengkebumian



Read more...

ULANGTAHUN KE 7 PERNIKAHANKU - Memperkasakan Cinta Kita ( MCK )

 Kek Untuk sambutan dan berbuka puasa

 Bunga... 2 dalam satu.
Ulangtahun dan ucapan terimakasih
melahirkan Baby Boy

 Potong kek

 Ciuman kasih..

Ana bagi kad kreatif..
Cantik sangat. TQ sayangku

Read more...

Friday, June 28, 2013

AR RAYYAN


RAJA MUHAMMAD FATEH AR RAYYAN
AR RAYYAN  ADALAH NAMA 
PINTU SYURGA 

Pintu Ar Rayyan Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW: 
 “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: 
”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

 Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

Read more...

SIAPAKAH SULTAN MUHAMMAD AL FATEH..??

Sabda Rasulullah S.A.W:


“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
 
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Selat Bosphorus dari Satelit
Benteng Rumali Hisari
Peta di dalam benteng Rumali Hisari
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                           
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
                                         
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.
 
 

Read more...

Thursday, June 27, 2013

TAHNIK OLEH TUAN GURU HAJI HADI AWANG



Setiap pagi Jumaat aku "menadah" dengan Tuan Guru 
di Masjid Rusila, Marang Terengganu. Pagi nie aku tak lepas
 peluang untuk bawa anakku
 RAJA MUHAMMAD FATEH AR RAYYAN
 untuk ditahnik oleh Tuan Guru.

Aku minta Tuan Guru mengunyah terus dari mulutnya untuk 
di tahnikkan dalam mulut anak ku..
 Semoga petah berbicaranya seperti Tuan Guru..


Tuan Guru membacakan doa sambil menyapu 
kepala Ar Rayyan


Puashati rasenye kecil2 dah dapat ku pertemukan 
anakku dengan  Tuan Guru..

 Isteri-isteriku Sha dan Ana
Diperkaranagan rumah YB Tuan Guru Dato Seri
Haji Hadi bin Haji Awang
( MANTAN MENTERI BESAR TERENGGANU)

Semoga anakku menjadi pejuang Agama seperti 
SULTAN MUHAMMAD AL FATEH penakluk
kota Constantinople seperti yang dijanjikan
oleh Rasulullah s.a.w.

Read more...

Wednesday, June 26, 2013

RAJA MUHAMMAD FATEH AR RAYYAN

RAJA MUHAMMAD FATEH AR RAYYAN



TURUTAN CERITANYA BERMULA DISINI..

Ana sakit nak bersalin..

Baru Bersalin

Alhamdulillah..
 
Ayah datang melawat..

Raja Muhammad Fateh Ar Rayyan

Balik dari Klinik

Mandikan Baby

Basuh Uri

Kuning...

Baby Boy




Read more...

Monday, February 18, 2013

Ayahku Sakit


 Menjaga Ayah di Wad

Tahun 2013 amat2 mencabar bagi keluarga kami.. Kami di uji apabila ayahanda kesayangan kami kena strok. Ingatannya semakin berkuarangan dan pergerakkannya terlalu amat perlahan. Kami berdoa selalu agar ayah cepat sembuh. Aku diberi kesempatan menjaga ayah selama seminggu, apabila cuti Tahun Baru Cina hampir seminggu dan aku sambung terus MC dua hari untuk lebih panjang masa bersama ayah tersayang. Kini aku terpaksa bertugas dan ayah sentiasa menyebu-menyebut aku dan aku sedeh mengenangkan ayahku yang jauh di Melaka. Ya Allah kurniakanlah keajaiban agar ayahku sembuh seperti sediakala..

Read more...

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP