On line

Saturday, November 20, 2010

BERTUNANG ANGAH





Read more...

Saturday, September 11, 2010

HARI RAYA 2010


Selamat Hari Raya
Fitrah

Pulau Manis, Terengganu 10 September 2010 Di kesempatan di ruang ini aku memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran secara tersengaje atau diluar pengetahuan yang membuatkan terguris hati dan menyinggung perasaan. Bagi pihak isteri2ku dan anak2 aku juga turut mewakili. Jika ada yang tidak dapat diselesaikan di ruangan blog ini berhubunglah agar segala kekusutan dapat dirungkai dan diselesaikan. Aku ingin bebas dari segala dosa antara makhluk dan dengan Tuhan Yang Maha Pemaaf akan aku Bertaubat kepadaNya.. InsyaAllah.

Pagi Raye...
Berkurangan seorang anakku ( Along )
Tahun nie dia berhari Raye di kg suaminye di Kelantan.
First time aku berhari Raye tidak bersama dengan
Mak dan Ayah aku. Sedih sgt ase.. Kemaafan ku
kirimkan di angin lalu melalui teknologi canggih
dan terasa kesedihan bile seorang ibu dan ayah
memaafkan anaknye di dunia dan
di akhirat..




Read more...

Wednesday, September 1, 2010

MOHON MAAF


Aku nak ambil kesempatan di ruang ini untuk memperbetulkan kesalahan yang telah aku tulis dalam ruangan ini baru2 nie... Setelah dimuhasabah dan atas dasar kerendahan hati Aku mohon maaf atas kesalahan yang telah menyinggung hati dan perasan mereka yang berkenaan. Tiaada ayat membela diri atau ape2 alasan.. Aku selepas ini harus lebih2 berhati2 dalam melahirkan ayat2 agar tiada yang terasa.. Juga yang paling penting sekali kalau dengar dari mulut orang jangan terus ditelan.. Kalau x.. beginilah lah jadinya.. Aku seikhlas hati menghulurkan kemaafan agar sudi dimaafakan kerana aku sedar aku adalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan sesilapan.

Read more...

Monday, July 19, 2010

ulang tahun perkahwinan aku dan ana yg ke 4

Read more...

Friday, July 2, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULUNGKU

RENTETAN PERISTIWA
MAJLIS PERKAHWINAN ANAKKU
RAJA UMMU ATIYAH DAN AHMAD FARIS

10 Jun 2010, Khamis. Pagi : Bermula pagi orang2 kampung Kg Pulau Manis memenuhi ruang kerja. Kami sekeluarga bangun awal bagi menguruskan perkakas2 yang diperlukan. tak sangka ramai sungguh yang hadir membantu dalam memeriahkan lagi majlis. Alhamdulillah... semuanya berjalan mengikut jadual. Tok ki dan Mak Ayah Melaka banyak memberi sumbangan buah fikiran. Aku xtahu je.. aku tanya. Saudara mara saling bantu membantu tak kira penat lelah. Kepada semua aku ucap berbanyak2 terima kasih.. Jauh2 datang.. Terharu sangat ase kerana 20 tahun aku diperantauan nie baru keluarga aku dapat berkumpul dan bersatu. Banyak hikmah yang terjadi sempena perkahwinan anak ku ini..
Malam sebelum nie kita orang rebus telor.. 2500 bijik. Waww..banyak tu. Buat bunga telor, paking keropok, beg cenderahati, gantung langsir, jahit baju... macam kerja.. anak2 buah giat membantu.. Meriah sangat.. best. Orang2 kerja balik mandi dan sembahyang,pah tu datang semula menolong.. Mcam tu lah semangat kerjasama masyarakat kampuang Pulau Manis.. xkira fahaman politik, xkira baru lama jadi org kampung tu, semua dikira sama.. bersaudara..
10 Jun 2010, Khamis. Petang : Selepas Asar xsangka ramai sungguh orang kampung dari pihak kaum lelaki terutama pemuda2 kampung. Aku kira2 dekat 40 orang datang tolong lapah lembu. EMPAT EKOR.... 3 ekor aku sembeleh sendiri. sekor lagi aku bagi pada cikgu Mat sebagai meraikan dia sebagai tukang sembeleh di kampung tu.. 4 ekor tu aku tengok selesai dalam masa sejam je..cepat sungguh dia orang wat kije.. Alhamdulillahh..
10 Jun 2010, Khamis. malam : Sebelum magrib Ayah dan Mak aku memberikan pada cucu kesayangannya sepasang subang sebagai tanda kenang2an dari opah dan atok. Atok pakaikan sebelah.. Opah pakaikan sebelah.. Hehe..tp gambar tu xdpt disiarkan disini kerana untuk tontonan muhrim sahaja...
10 Jun 2010, Khamis. Malam : Selepas Isyak.. Lokasi di MASJID KG PULAU MANIS. MAJLIS AQAD NIKAH ANAKKU. Majlis yang memisahkan tanggung jawab selama 18 tahun seorang ayah terhadap anaknya.. Majlis yang memindahkan ketaatan seorang anak kepada seorang suami.. Majlis yang menghilangkan status seorang gadis kepada seorang ISTERI.. Walau apa pun itulah hakikatnya... Aku sendiri yang menikahkan mereka.. "Ahmad Faris bin Mohd Lutfi.. (sambil bersalam dan menggoncangkan sedikit tangan) lalu dijawab oleh bakal menantuku "saya" selepas itu aku memulakan lafaz ijab :" Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan akan dikau dengan anak perempuanku RAJA UMMUN ATIYAH BTE RAJA KHAIRUDDIN dengan mas kahwinnya 5ribu ringgit TUNAI.." lalu di jawab kabul oleh bakalbakal menantuku " Aku terima nikahnya seperti yang tersebut itu... " disambut oleh saksi sambil mengangguk2kan kepala dengan ucapan sah.. sahh... lalu bacaan doa kesyukuran dibacakansebagai tanda sah bahawa mereka sekarang adalah suami isteri yang sah..


Read more...

Thursday, June 10, 2010

AQAD NIKAH


Aku aqad nikahkan sendiri antara anakku dengan menantuku. Majlis berlansung dengan lancar di Masjid Pulau Manis, Kuala Trg. SELAMAT PENGANTIN BARU

Read more...

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU ISTER2KU



ISTERI2KU IBU KEPADA
ANAK2KU

SERIFAH @ SHARIFAH BTE ISMAIL
19 Tahun menyandang jawatan Ibu
kepada 8 orang anak2
kelahiranya
Terima kasih sayang kerana telah 19 tahun menjadi ibu kepada anak2 kita. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mendidik anak2 kita dengan penuh kesabaran dan kasih sayang..Tahun depan kalau ade sambutan hari nenek.. mungin sha adalah salah seorang yang akan menyandang adward tersebut. Heheee..


JURIAH BTE ABD GHANI
11 Tahun menyandang jawatan Ibu
kepada 4 orang anak2
kelahiranya
Terima kasih sayang kerana telah 11 tahun menjadi ibu kepada anak2 kita. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mendidik anak2 kita dengan penuh dan kasih sayang.. Semoga segala kepayahan ini mendapat ganjaran dari Allah hendaknyaa..

NURUL FARHANA NADIA
Baru 3 Tahun menyandang jawatan Ibu
kepada 2 orang anak2
kelahiranya
Terima kasih sayang kerana telah 3 tahun menjadi ibu kepada LCK2 kita. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mendiddik anak2 kita dengan penuh dan kasih sayang.. Semoga kita semua akan tetap bersama hingga ke alam syurga.

Dua Dalam Satu
SELAMAT HARI LAHIR
KE 22

09MAY
1988 - 2010
Hari Lahir Ana jatuh tepat dengan sambutan Hari Ibu..
Tahun nie rasenye sambutan lebih ceria berbanding tahun2 lalu... Sebabnyeee... Dapat ucapan dari ramai
kawan2 lama dan baru serta saudara mara... terutama kawan2 di face book. Huuhhhh suke sangat. Pulak tu dah la sambut kat rumah sekali.. Pah tu malamnye pulak ma and family pulak buat sambutan di restoran ternama di Kuala Terengganu.. Huuhhh untung tahunn nie 2 kali potong kek... Ape pun SELAMAT HARI LAHIR semoga dipanjang umur dan di tambahkan iman serta bertambah2 solehah sebagai seorang isteri.
- baju baru ke tuuu????

Read more...

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU UNTUK
IBU YANG AMAT KU SAYANGI
RAJA SELAMAH BTE RAJA ABD RAHMAN




SENYUM TAWAMU SENTIASA
BERMAIN DI MATAKU


Kalau balik kampung ajee... Berkekepit aje laahh aku dgn mak kesayangan ku.. x lepas peluang
Isteri..??? Hehe...aku sayang mak dari isteri. Jgn maraa rr isteri2.. itu reality. Aku hanya ada seorang nie sahaja ibu yang tidak boleh ditukar ganti. Malam pun tidor dgn mak.. hehhee.. ayah terpaksa laa mengalah kalau aku balikk.. sorry dady. Syurga itu di bawah tapak kaki Ibu.. ade hadith kee??? Jap nak buktikan...

Diriwayatkan oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami, beliau datang bertanya kepada Rasulullah SAW bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad fi sabilillah bersama Baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Beliau menjawab, “Masih.” Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah terus di sisinya, di sanalah terletaknya syurga.”
Oleh itu sayangilah Ibu kerana
KASIH SAUDARA MASA BERADA
KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA DAN


Read more...

Tuesday, April 27, 2010

MURAL DI BULAN APRIL


DOA MAKAN DAN
KALIMAH SYAHADAH


Doa makan nie aku mintak daripada ustaz Bukhari bin Ibrahim atau lebih dikenali dengan Ibn Ibrahim. Beliau seorang penulis khat dan aku kenalinye melalui blognye penakhat.blogspot.com.
Maka beliau tulis dan emailkan kepadaku. Selepas itu aku lahirkan di atas dinding kantin sekolah ku.. Hampir seminggu gak nak boleh siap. Masa nak siapkan mural nie aku guna masa free dan balik sekolah jee.. Tapi aku puashati kerana ianye adalah amal jariah ku dan memanjangkan amalan jariah Ibn Ibrahim. Mula pada 14.04.2010 dan siap pada 19.04.2010. Alhamdulillah


Selang sehari, aku teruskan projek aku dengan melukis khat di atas, Dua Kalimah Syahadah.. Berkobar2 semangat aku nak menyiapkannyee.. Alhamdulillah siap dalam masa 3 hari. Lokasinye di surau sekolah. Minat aku begitu mendalam la pulak dengan kesenian khat..
Semoga segala kebaikan mengalir dalam tubuh ku ini Insyaallah.

Read more...

Tuesday, January 19, 2010

ANAK KU BERSEKOLAH


SUASANA PAGI
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
ANAKKU


Tahun nie 2 orang anak ku serentak masuk sekolah, pra sekolah.. Raja Muhammad Danial (Abang) dan Raja Muhammad Taqiuddin Helmi.. HHuuuhhh hari2 tanye bile nak masuk sekolah... bile nak masuk sekolah.. . xtahu lah mcm mane perasaan dia orang dua beradik tu. Pukul 3 pagi kutuk pintu bilik tanye.. Ayah tak nak bangun lagi ke??? Qidin nak gi sekolah dah nie.. Hehe.. semangat sangat dia. Pukul 6 ayah kejutkan... sekali kejut je.. bangun terus. Ari tu nak mandi dengan ayah.. Ayah mandikan.. sabun.. pakai kan baju.. pakai kan bedak... Dahh siap.. Kami sembahyang dan doa sama2.. Semoga anak2 ku berjaya di dunia dan di akhirat... Aku rasa penuh bermakna sekali pada pagi itu... Aku nak agar anak2 ku tahu bahawa aku amat sayang pada mereka dan menyanjung betapa pentingnye ilmu dalam kehidupan ini. Rasul tercinta Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Barang siapa mahukan dunia hendaklah dengan ilmu.. Barang siapa mahukan akhirat hendaklah dengan ilmu.. Barang siapa mahukan kedua2nya juga hendaklah dengan ilmu.. Wahai anak ku Rasulullah s.a.w bersabda lagi, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

MENJEJAKKAN KAKI
DI SEKOLAH KEB PULAU MANIS


Bila semua dah siap lepas sarapan pagi melangkah lah anakku menuju ke sekolah.. Mama kate Qidin jawab kuat bile cikgu tanye.. Elok lah gitu. Gambar tengah (kanan) nakak2 ku yang bersekolah tahun nie.. semuanye di sekolah yang sama.
Hehe...Hehee...

SEBELUM PERSEKOLAHAN


Nie pulak suasana seminggu sebelum buke sekolahh...
Belikan anak2 baju.. kasut..beg dan segale2 alat kelengkapan persekolahan dia orang. Suke sangat dua beradik tu.. Kejap2 bawak keluar baju.. beg... kasut sekolah.. Semangat sungguhh
Hehe... Menurun Ayah dia kut mase kecik

Read more...

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI

TAHUN
2O1O
DUA KOSONG SATU (PUN) KOSONG
SUKA DUKA TAHUN
2009
50TAHUN ULANGTAHUN PERKAHWINAN
MAK DAN AYAHKU


Romantik tak mak ayah aku..
Semoga kasih sayang mereka kekal hingga
ke alam syurga..
Kami sambut di Glory Beach Resort Port Dickson Ng9
pada 21 November 09

Disamping kenangan manis di tahun 2009 iaitu sambutan ulangtahun perkahwinan mak ayah aku, aku menamatkan pengajian di Darul Syifa dan majlis pertunangan along. Ade jugak kenangan pahit yang terpaksa kami telan sebagai asam garam kehidupan ini..
Boleh di katakan tahun lepas adalah tahun ujian untuk keluarga kami. Yang anehnye.. pantang sebut.. pasti berlaku pada keluarga atau sape2 aje. Contoh nyee.. adelah orang kg nie bg tahu nak berubat sawan anak dia... Aku kate ok jelah. suh la dia cari barang2 yang perlu. Petang tu tak semene2 anak aku Taqiuddinn demam panas yang tinggi lalu sawan, teruk pulak tu sampai ditahan di wad. Mcm tu jugak yang berlaku.. orang bagi tahu barang ( beg duit ) dia hilang. mintak tolong ikhtiarkan... dengan izin Allah dapat la semula barang dia yang hilang tuu. selang sehari dua dalam bulan Mac kami balik menziarahi mak ayah di Melaka, rumah mak di naiki pencuri... habis barabg kami di kebas dek pencuri yang x ade sivik tu... beg duit aku dan isteri aku lesap. Jadi pelarian kejap. Buat report polis, jalan2 kat Mydin Melaka hilang pulak kamera yang aku sayang. Baru je beli.. Sekali ingat nak marah jugakk.. tp nak marah kat sape??? sabo je laahhh. boleh jugak pahala. Lagi pun dah setakat tu je kuarnian Allah kepada kita untuk kita gunakan. sementara belaka. selang beberapa bulan balik melaka lagi untuk berhari raye.. Beg pakaian pulak curi dek orang... Habis baju2 raye anak2, isteri2ku dan aku sendiri di kebasnyee..
Kami juga di uji dengan kesihatan. Selepas dari anakku dimasukkan ke wad.. disambung pulak dengan angah ( haid x berhenti ). angah x keluar lagi isteri ku pulak masuk kerana turun air.. mentuban.
isteri boloeh keluar turun air sekali lagi dan bersalin dengan PEMBEDAHAN. Isteri ku xkeluar lagi aku pulak kene demam Cikunnya. Huh.. teruk giler demam tuuu.. dia serang sendi2.. lumpuh ase. bukan sehari dua.. dekat sebulan.. Habis cuti macam tuu jeee..
ade lagi sambung nanti yee......

Read more...

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP