On line

Tuesday, January 19, 2010

ANAK KU BERSEKOLAH


SUASANA PAGI
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
ANAKKU


Tahun nie 2 orang anak ku serentak masuk sekolah, pra sekolah.. Raja Muhammad Danial (Abang) dan Raja Muhammad Taqiuddin Helmi.. HHuuuhhh hari2 tanye bile nak masuk sekolah... bile nak masuk sekolah.. . xtahu lah mcm mane perasaan dia orang dua beradik tu. Pukul 3 pagi kutuk pintu bilik tanye.. Ayah tak nak bangun lagi ke??? Qidin nak gi sekolah dah nie.. Hehe.. semangat sangat dia. Pukul 6 ayah kejutkan... sekali kejut je.. bangun terus. Ari tu nak mandi dengan ayah.. Ayah mandikan.. sabun.. pakai kan baju.. pakai kan bedak... Dahh siap.. Kami sembahyang dan doa sama2.. Semoga anak2 ku berjaya di dunia dan di akhirat... Aku rasa penuh bermakna sekali pada pagi itu... Aku nak agar anak2 ku tahu bahawa aku amat sayang pada mereka dan menyanjung betapa pentingnye ilmu dalam kehidupan ini. Rasul tercinta Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Barang siapa mahukan dunia hendaklah dengan ilmu.. Barang siapa mahukan akhirat hendaklah dengan ilmu.. Barang siapa mahukan kedua2nya juga hendaklah dengan ilmu.. Wahai anak ku Rasulullah s.a.w bersabda lagi, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

MENJEJAKKAN KAKI
DI SEKOLAH KEB PULAU MANIS


Bila semua dah siap lepas sarapan pagi melangkah lah anakku menuju ke sekolah.. Mama kate Qidin jawab kuat bile cikgu tanye.. Elok lah gitu. Gambar tengah (kanan) nakak2 ku yang bersekolah tahun nie.. semuanye di sekolah yang sama.
Hehe...Hehee...

SEBELUM PERSEKOLAHAN


Nie pulak suasana seminggu sebelum buke sekolahh...
Belikan anak2 baju.. kasut..beg dan segale2 alat kelengkapan persekolahan dia orang. Suke sangat dua beradik tu.. Kejap2 bawak keluar baju.. beg... kasut sekolah.. Semangat sungguhh
Hehe... Menurun Ayah dia kut mase kecik

Read more...

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI

TAHUN
2O1O
DUA KOSONG SATU (PUN) KOSONG
SUKA DUKA TAHUN
2009
50TAHUN ULANGTAHUN PERKAHWINAN
MAK DAN AYAHKU


Romantik tak mak ayah aku..
Semoga kasih sayang mereka kekal hingga
ke alam syurga..
Kami sambut di Glory Beach Resort Port Dickson Ng9
pada 21 November 09

Disamping kenangan manis di tahun 2009 iaitu sambutan ulangtahun perkahwinan mak ayah aku, aku menamatkan pengajian di Darul Syifa dan majlis pertunangan along. Ade jugak kenangan pahit yang terpaksa kami telan sebagai asam garam kehidupan ini..
Boleh di katakan tahun lepas adalah tahun ujian untuk keluarga kami. Yang anehnye.. pantang sebut.. pasti berlaku pada keluarga atau sape2 aje. Contoh nyee.. adelah orang kg nie bg tahu nak berubat sawan anak dia... Aku kate ok jelah. suh la dia cari barang2 yang perlu. Petang tu tak semene2 anak aku Taqiuddinn demam panas yang tinggi lalu sawan, teruk pulak tu sampai ditahan di wad. Mcm tu jugak yang berlaku.. orang bagi tahu barang ( beg duit ) dia hilang. mintak tolong ikhtiarkan... dengan izin Allah dapat la semula barang dia yang hilang tuu. selang sehari dua dalam bulan Mac kami balik menziarahi mak ayah di Melaka, rumah mak di naiki pencuri... habis barabg kami di kebas dek pencuri yang x ade sivik tu... beg duit aku dan isteri aku lesap. Jadi pelarian kejap. Buat report polis, jalan2 kat Mydin Melaka hilang pulak kamera yang aku sayang. Baru je beli.. Sekali ingat nak marah jugakk.. tp nak marah kat sape??? sabo je laahhh. boleh jugak pahala. Lagi pun dah setakat tu je kuarnian Allah kepada kita untuk kita gunakan. sementara belaka. selang beberapa bulan balik melaka lagi untuk berhari raye.. Beg pakaian pulak curi dek orang... Habis baju2 raye anak2, isteri2ku dan aku sendiri di kebasnyee..
Kami juga di uji dengan kesihatan. Selepas dari anakku dimasukkan ke wad.. disambung pulak dengan angah ( haid x berhenti ). angah x keluar lagi isteri ku pulak masuk kerana turun air.. mentuban.
isteri boloeh keluar turun air sekali lagi dan bersalin dengan PEMBEDAHAN. Isteri ku xkeluar lagi aku pulak kene demam Cikunnya. Huh.. teruk giler demam tuuu.. dia serang sendi2.. lumpuh ase. bukan sehari dua.. dekat sebulan.. Habis cuti macam tuu jeee..
ade lagi sambung nanti yee......

Read more...

Saturday, December 26, 2009

ANAK KU BERTUNANG


SELAMAT BERTUNANG
ANAK KU...

Hantarannye direka khas oleh
Penggubah2 PROFESIONAL yang d import
khas dari pelbagai negeri di negara ini.
Huuhhh.. Memang HeBaaTtt..
Sedia menerima tempahan
pada bila2 mase
HeeHee...

Bukan Meleh biase tuuu.. Tapi ade niat..
Niat Aqiqah 7 bahagian... Anak ku 4 bahagian
Anak abg sulungku 2 bahagian dan
anak beras ku 1 bahagian....
Hehe.. Biras daaa...
Ape yang Pentingg????
(Luu.. Jawab la sendiri...)


Ni Pulak alek kaum ibu.... Huhhh kerje giler2
bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar
berpeluh ketiak... Ape pun.., Terima kasih
daun keladi.. Bulan 6 nie nak ajak
berpeluh ketiak sekali
lagiii.....

Tokk kie....
Payah dah nak cari dalam seribu...........
Majlis nie boleh dikatakan... dia lah yang atur dan
boleh diharap sangat. Tanpa mu Siapalah aku..
Tak lupe jugak kepada semua krew2 yang
tak termasuk gambar dalam blog nie
tapi tetap diingati dan TQ very2
Much... EEmmuuaahh..(3x)
Pah tu pulak dalam pukul 1.30 lepas zohor
Kami jemput orang2 masjid buat sembahyang hajat,
tahlil dan doa serta buat Cukur jambul... selawat atas nabi
ambil berkat agar kehidupannye nanti berlandaskan syariat.

SELAMAT DATANG
ROMBONGAN DARI PIHAK LELAKI
Untuk memetarai Ikatan Pertunangan
Ahmad Faris bin Mohd Lutfi
&
Raja Ummu Atiyah bte Raja Khairuddin


SELAMAT BERTUNAG
SEMOGA KEKAL HINGGA KE
JINJANG PELAMIN


InsyaAllah bulan Jun
cuti sekolah tahun depan nie
dapat le Menantu..

Read more...

DISEBALIK TABIR


JAMUAN MAKAN
UNTUK TETAMU YANG HADIR


Alhamdulillah... Moga dipernankan Allah segala Hajat

SEBELUM MAJLIS

SELEPAS MAJLIS


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
DALAM MENJAYAKAN MAJLIS PERTUNANGAN ALONG INI.
SEGALA SUMBANGAN DARI SEGI TENAGA.WANG RINGGIT,
IDEA DAN APA SAHAJA KU DOA AKAN AGAR KALIAN
MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH JUA.

SAPU ARANG....
Uhhhh...Uuuhhh... Bahaya tuuu

Read more...

Friday, December 11, 2009

Quunnuuuuuutt...

JAHIL


Kalau dah tahu diri tu
JAHIL
Belajar laahhh dan Carilah
Guru yang benar2 berilmu
Heeheee.. ade ke
Qunut Panjang @ Qunut Pendek???

Read more...

Wednesday, December 9, 2009

50 TAHUN ULANGTAHUN PERKAHWINAN MAK AYAHKU


SELAMAT PENGANTIN BARU
15 Novembar 1959








LAME TU...
Kad pun masih ade lagi..
Majlis besar2an gak la kut
siap ade kad lagi.
Buat tatapan anak cucu.


Read more...

Saturday, December 5, 2009

Babyku Yang ke 14


RAJA QISTINA DAMIA


Beberapa jam selepas di lahirkan



Setelah 9 jam berusha dan bertawakkal
Akhirnye ke dewan bedah jugak jalan
penyelesaiannya


Resah menunggu di luar dewan bedah
Berdoa agar semuanye selamat


Sejambak Bunga dan Sebuah telefon
Bimbit atas pengorbananmu yang
tidak ternilai



Duduk sekejap... Kuning pulak..
Duduk bawah lampu kat klinik swasta,
Nasib baik ada jururawat x bertauliah
datang membantu ( Wonder ped)

Read more...

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP