On line

Monday, January 30, 2012

Cucuku Masuk Hospital

Dua Hari duk Hospital
xray kepala...ok tak de pe2. Alahamdlillah..

Pasir Puteh 18 Januari 2012 Rabu. Cucu...cucu.. Along telefon bagitahu cucuku jatuh.. Gelisah aku dibuatnye.. Dengar citenye dia naik walker kat dapur tu ade la mcm tangga sikit. Entah cm ner terlepas pandang tergolek.. Malam tu along tel baby muntah2. Bawak hospital, kene tahan dua hari. Aku lak gi sekolah balik terus amik isteri2ku berdesup naik ke Pasir Puteh. Sedeh aku tgk tgn cucuku masuk air. Nangis je... Masuk susu..je muntah. Ambil keputusan Sha tinggal di Hospital jaga along n cucu aku. Malam tu balik..esok nak sekolah. Petang esokan hari cucuku boleh keluar dah Alhamdulillah Balik sekolah hari esoknye gi pulak , malam tido umh besan aku.. Pagi tu balik.

Read more...

Sunday, October 23, 2011

Nenek Sha Meninggal


Beberapa jam sebelum nenek menghembuskan
nafas terakhir


Dalam Kenangan...
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya


Melaka. 16 Oktober 2011 Ahad. Sekali lagi keluarga kami bersedeh atas kehilangan nenda sha yg telah pergi menemui Ilahi. Nenek Endok bt Salam 89 tahun meeninggal kerana sakit tua. Aku dan Sha pagi tu baru je sampai naik bas dari Melaka datang dari melawatnya di hospital Besar Melaka. Atas kerana tugas kuteruskan langkah walaupun berat hati meninggalkkannya kerana keadaanya pada masa itu amat uzur sekali. Sepanjang nenek terlantar di hospital 2 kali aku balik ke Melaka. Kali pertama balik bersama isteri-isteriku dan kali kedua bersam Sha. Jenazahnya selamat disempurnakan selepas asar tadi. Alfatihah untuk nenek Endok.

Read more...

Sunday, October 9, 2011

Al Fatihah Untuk Anakku

RAJA NURUL JANNAH BTE
RAJA KHAIRUDDIN


YA ALLAH.. Jadikanlah dia sebaik-baik penyelamat dan
Syafaat kepadaku diakhirat nanti



Kami Redho dan Kami Harap agar ada Hikmah
disebaliknya

Semoga Kita akan bertemu di "sana" dan dihimpunkan
bersama-sama orang-orang yang solehin


Ya Allah.. Semoga kami termasuk dalam golongan
orang2 yang sabar dan redho






Read more...

Wednesday, July 20, 2011

ULANGTAHUN PERKAHWINANKU YG KE 5

Tksh Sayangku belikan baju..
cantik sangat

Aku belikan jam tangan dan sekuntum mawar merah
untuk yang tersayang

Diam tak diam dah 5 tahun aku kawin dgn Ana
Anak DUA...

Batu Buruk Beach Resort 20 Julai Rabu Balik sekolah je terus ke bandar... Belikan bunga untuk yg tersayang.. lepastu ke kedai jam. Maklumlah aku nie mate pesen lama... Takut org xberkenan..so. xde la suprisenye.. Ana pilih sendiri. Ana belikan baju dan kek.. Kami ke BBBR untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke5 tahun. Kami mengimbau kenangan2 indah..dari mula perkenalan hingga ke tarikh perkahwinan kami.. Ana banyak yang dah lupa..Hehe.. Semoga Kasih Sayang Kami Abadi Selamanya...

Read more...

Saturday, July 16, 2011

TANAMANKU

Peria pun ada jugak.. huhh pahit


Sawi dan Kangkung


Timun dan Kacang Panjang


Hasil Sulung Tanamanku


Read more...

Thursday, July 14, 2011

JOHAN PENULISAN KHAT

ALHAMDULILLAH


Tumpuan dan Penelitian amat penting
dalam Penulisan Khat

Jemaah Hakim dari Khat Negeri Terengganu
membuat pengadilan
Kami semuanya Berjaya.. Alhamdulillah

Hadiah disempurnakan oleh
Timbalan Pegawai Daerah


Tekun..Penuh harapan



Inilah Hasilnye....

Alhamdulillah... Rezki Allah.


Bandar Permaisuri Setiu,14 JULAI2011 Selasa. Hari pagi lagiaku dah sampai kat sekolah.. Bawak budak2 gi Bandar Permaisuri Setiu untuk menyertai Pertandingan Khat katogeri Dewasa dan Kategori Pelajar sekolah. Alhamdulillah aku dapat juara dan Sha dapat no 3. Tempat pertama RM400 dan tempat ke tiga RM200. Kire2 Bawak balik RM600 berserta hemper oleh pelajar2 SKBM yang menyertai kuiz. Huhh berbaloi asenye.. Semuanye ku panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T Balik tu Sha belanja makan aku dan murid2 SKBM. Malam aku belanja RFC semua anak2. Ambil angah dan Iwan kat pondok. Rezki kami sama2 dikecapi. Terima kasih Allah...

Read more...

Monday, July 11, 2011

Hasil Khatku di dinding Sekolah



SENI KHAT

INDAHNYA SENI KHAT

Khat - Yaasin

Khat - Basmallah


Khat China - Basmallah


Khat - Dua Kalimah Shahadah


Khat- Muhammad Rasulullah
Khat - Allah Muhammad


Khat China - Allahu Akbar

Khat - An Nozo Fatul Minal Iman

Khat - Qod Aflahal Mukminun


Khat - Husbunallahu Wa Nikmal Wakil

SEMOGA APA YANG KU LAKUKAN INI MENDAPAT KEREDHOAN ALLAH DAN DIJAUHKAN DARI SIFAT RIAK DAN TAKABBUR

Read more...

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP