On line

Saturday, June 20, 2009

Baby Baruku


Raja Nurul Addinna Sofea



Dilahirkan pada 10 Jun 2009. Pukul 9.45 malam di Klinik Perubatan Intan Kuala Terengganu.
Ada satu kejadian aneh semasa isteriku sedang sakit hendak melahirkannya..
seorang lelaki yang tidak dikenali memanggil namaku dan isteriku dan dia juga tahu anakku yang pertama dilahirkan di Klinik Keluarga. Minta air dan minyak lalu dia membacakan ayat selusuh( yang mane saya mencarinya di dalam buku ikhtiar Darul Syifa tidak saya temui) berdoa agar dimudahkan isteriku bersalin. Dan katenye lagi KAMU AKAN MENDAPAT ANAK YANG SOLEH. Selepas mengucapkan salam dia pun meninggalkan kami..Tidak sampai 15minit isteriku pun bersalin dengan mudah sekali Alhamdulillah. selepas 15minit bersalin dia menalefon saya melalui sambungan klinik. Dia tahu isteri saya sudah pun bersalin dan mengucapkan Alhamdulillah dan tahniah kepadaku.
Yang pelik lagi... Dia juga sempat meninggalkan nombor telefon nya.
nombor telefonnya 09 9009128. no handfone ku 0139009128.
Yang menjadi tanda tanya ..
SIAPAKAH LELAKI MISTERI ITU...




2 comments:

ummu July 16, 2009 at 8:31 PM  

Kebesaran Allah. Subhanallah.
ALhamdulillah, yang penting semuanya dah selamat.

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP