On line

Friday, July 2, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULUNGKU

RENTETAN PERISTIWA
MAJLIS PERKAHWINAN ANAKKU
RAJA UMMU ATIYAH DAN AHMAD FARIS

10 Jun 2010, Khamis. Pagi : Bermula pagi orang2 kampung Kg Pulau Manis memenuhi ruang kerja. Kami sekeluarga bangun awal bagi menguruskan perkakas2 yang diperlukan. tak sangka ramai sungguh yang hadir membantu dalam memeriahkan lagi majlis. Alhamdulillah... semuanya berjalan mengikut jadual. Tok ki dan Mak Ayah Melaka banyak memberi sumbangan buah fikiran. Aku xtahu je.. aku tanya. Saudara mara saling bantu membantu tak kira penat lelah. Kepada semua aku ucap berbanyak2 terima kasih.. Jauh2 datang.. Terharu sangat ase kerana 20 tahun aku diperantauan nie baru keluarga aku dapat berkumpul dan bersatu. Banyak hikmah yang terjadi sempena perkahwinan anak ku ini..
Malam sebelum nie kita orang rebus telor.. 2500 bijik. Waww..banyak tu. Buat bunga telor, paking keropok, beg cenderahati, gantung langsir, jahit baju... macam kerja.. anak2 buah giat membantu.. Meriah sangat.. best. Orang2 kerja balik mandi dan sembahyang,pah tu datang semula menolong.. Mcam tu lah semangat kerjasama masyarakat kampuang Pulau Manis.. xkira fahaman politik, xkira baru lama jadi org kampung tu, semua dikira sama.. bersaudara..
10 Jun 2010, Khamis. Petang : Selepas Asar xsangka ramai sungguh orang kampung dari pihak kaum lelaki terutama pemuda2 kampung. Aku kira2 dekat 40 orang datang tolong lapah lembu. EMPAT EKOR.... 3 ekor aku sembeleh sendiri. sekor lagi aku bagi pada cikgu Mat sebagai meraikan dia sebagai tukang sembeleh di kampung tu.. 4 ekor tu aku tengok selesai dalam masa sejam je..cepat sungguh dia orang wat kije.. Alhamdulillahh..
10 Jun 2010, Khamis. malam : Sebelum magrib Ayah dan Mak aku memberikan pada cucu kesayangannya sepasang subang sebagai tanda kenang2an dari opah dan atok. Atok pakaikan sebelah.. Opah pakaikan sebelah.. Hehe..tp gambar tu xdpt disiarkan disini kerana untuk tontonan muhrim sahaja...
10 Jun 2010, Khamis. Malam : Selepas Isyak.. Lokasi di MASJID KG PULAU MANIS. MAJLIS AQAD NIKAH ANAKKU. Majlis yang memisahkan tanggung jawab selama 18 tahun seorang ayah terhadap anaknya.. Majlis yang memindahkan ketaatan seorang anak kepada seorang suami.. Majlis yang menghilangkan status seorang gadis kepada seorang ISTERI.. Walau apa pun itulah hakikatnya... Aku sendiri yang menikahkan mereka.. "Ahmad Faris bin Mohd Lutfi.. (sambil bersalam dan menggoncangkan sedikit tangan) lalu dijawab oleh bakal menantuku "saya" selepas itu aku memulakan lafaz ijab :" Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan akan dikau dengan anak perempuanku RAJA UMMUN ATIYAH BTE RAJA KHAIRUDDIN dengan mas kahwinnya 5ribu ringgit TUNAI.." lalu di jawab kabul oleh bakalbakal menantuku " Aku terima nikahnya seperti yang tersebut itu... " disambut oleh saksi sambil mengangguk2kan kepala dengan ucapan sah.. sahh... lalu bacaan doa kesyukuran dibacakansebagai tanda sah bahawa mereka sekarang adalah suami isteri yang sah..


2 comments:

Pok Dee July 4, 2010 at 10:03 PM  

Tahniah. Majlis berjalan dengan lancar. Kameraman tak dapat banyak membantu pasal kamera baru dapat & kursus sekejap je malam sebelum tu dlm 2 jam sambil dinner sebelum bertolak ke T'ganu.

cikguku July 9, 2010 at 5:35 AM  

Terima kasih banyak2 dah..kameraman macam pro dah... gambar2 di rumah faris kelantan x ada.. so tolong hantar cd boleh x?

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP