On line

Sunday, June 26, 2011

Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


Disampaikan oleh PPD Setiu
En Azmi b Zakaria

Bersama Sijil Anugerah


Bersama Penolong PPD Setiu
Tuan Haji Kifayatu Allah

Isteri ( JU ) Tumpang gembira

Ana turut ingin merakamkan saat gembira depan pentas
Sha xada kerana ke Kelantan bersama
cucunda tercinta..


Read more...

Sunday, June 19, 2011

candat SOTONG..

Perjalanan menuju kelaut dalam..
Laut bergelora..

Huhh.. best bile candat dicapai oleh
"Si Lembut"

Anak2 menunggu di Pengkalan
menanti Rezki yang dibawa pulang






Pengalaman yang sukar di cari.. Huhh.. best.
Jum bercandat sambil BERCANDA..

Pengkalan Batin, Seberang Takir Kuala Terengganu,18 JUN 2011 Sabtu. Pagi lagi aku dah bersiap nak ke laut dengan ayah mertua aku ( ayah Ana ). Tetibe je along keluar dari bilik, Faris nak ikut ke laut.. Bawak jee laahh. 3 gernerasi.. menantu aku.. aku, menantu ayah aku..ayah mertua aku.. huhh... payah nah tafsir. Bertolak kul 9 pg.. Mule2 dapat Faris.. Dalam video nie adalah sotong yang kedua.. Lepas 3 jam dibuai gelombang... Faris dah mule mabuk laut..sian pulak.. muntah, mak oii keluo habis isi perut..hehee.
Kali nie xlah berapa banyak dapat.. dekat 10 kilo jee.. ok laa tu Alhamdulullah. Balik terus siang and goreng celup tepung.. waww manis gilerr. Semua resepi sotong dipraktikkan oleh ketige2 chef. Aku jung makan jee.. Utk pengetahuan kaw org sotong akan banyak di Laut Terengganu sekitar bulan 5 ke bulan 7 setiap tahun. Tapi sotong atas darat tuu x kire bulan.. ade sokmoo.. hehe..jangan mara rrrr...




Walaupun mabuk laut.. Tapiii...
Tangan masih berfungsi untuk bercandat.. hehe

Read more...

Friday, June 10, 2011

Anak Bersalin...Mak Pun nak Bersalin Jugak...Tapi X cukup Bulan...

KEGUGURAN........

Ke Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu

Semangat dan Peransang sentiasa mengirngi..

Kesabaran... 2 jam berada di Bilik Bedah

Belum ada REZEKI....

HSNZ Kuala Terengganu 7 Jun 2011. Rabu. Semalam Sha ke Klinik Kesihatan Telemong, jumpe doktor dan Sha perlu dibuat D N C. Setelah di scand sha keguguran setelah mengadung 9 minggu. Pagi tu gi hospital tahan wad terus..Hari keesokkannye puasa dari pukul 2 pagi hingga pukul 2.00 petang baru masuk bilik bedah.. Huuhhhh lapo giler sha kate.. Sha kene bius separuh badan.. cucuk ubat bius kat tulang belakang.. Bahaye ttuuu.. lepas tu 6 jam pulak baru normal seperti sedia kala... Sebelum tu hanye kepala dengan tangan je yang boleh gerak.. Esoknye 10 Jun boleh keluar.. Alhamdulillah.. So sekarang nie anak beranak berpantang... hehee..

Read more...

Monday, May 23, 2011

Cucuku kene Jaundis ( Demam Kuning )

Bertukar klinik dari klinik Intan ke Klinik Keluarga

Kene duduk bawah lampu
sinaran biru - Kuning

Berkampung di Klinik Keluarga 10 jam

Suap susu guna botol je.. Walaupun along ade

Read more...

Wednesday, May 18, 2011

CUCUKU SAYANG

Akhirnya Penantianku berakhir dengan lafaz Syukur kpd
Yang Maha Esa...Cucuku pertama ini menyandangkan
aku suatu gelaran dalam hidupku iaitu gelaran
" TOK AYAH"Anakmu... Cucu Kami...
Tok Ayah.. Nek Mak.. Nek Umie.. Nek Mama

Read more...

Turutan Along Bersalin



HSNZ KT 18 MEI 2011 Rabu. 3.30 petang.. Aku bergegas ke hospital lepas balik sekolah, Sha tel bagi tahu.. Along nak ayah.. Sampai je terus masuk kat along.. memang sakit sangat nampak dia. Bace2 kan sikit supaya mudah bersalin.. Kejap lagi doktor check "jalan" Buke jalan 4cm dah. Terus bawak ke dewan bersalin. Nurse kat wad tu kata, " En suami, kene tunggu luar yee..nanti kalau isteri dah nakm bersalin kami akan panggil yee.." Heheee.. Sha tunggu luar dan aku balik kerana ada tetamu datang dari Kuala Lumpur.. Serba salah.. Aku telefon mak aku di Melaka mintak mereka buat sembahyang hajat untuk cucu ( Along ) dan cicitnye agar selamat belake. Duk kejap, lebih kurang pukul 5.00 petang, Along sendiri telefon bagi tahu, dia dah bersalin... Alhamdulillah.. xsedar air mate menitik menandakan syukur pada Ilahi atas kurniaannya. Aku lanjutkan kegembiraan ini pada Ibuku dan Ayahku di Melaka dan mengucapkan tahniah kpd mereka kerana bergelar Unyang (Moyang). Kemudian daripada itu baru aku telefon Sha bagi tahu bahawa dia dan madu2nya telah bergelar "NENEK MUDA".

Pulau Manis, 19 MEI 2011. Pagi tu aku bangun awal.. Aku ambil cuti ari tu.. Lepas solat subuh dan bace beberapa lembar Mushaf AlQuran, aku terus ke kamar mandi untuk membasuh uri. Setelah basuh aku balutkan dengan napkin baru dan terus menuju ke rumah mertuaku di Telemong. Disana ku "semadikannye" (hehee.. boleh ke guna perkataan semadi ek ??)

HSNZ KT 19 MEI 2011 Bila dah siap masak untuk along aku terus ke hospital untuk jumpe cucu yang telah sekian lama ku tunggu2. Huhhh... comey nyee... macam along kecik2 dulu.. Along nie memang manje dengan ayah.. ape2 pun mesti cari ayah.. tengok la tuu.. makan pun nak ayah suap.. Mase sakit nak bersalin, nak ke tandas pun ajak ayah teman.. Alongg... alongg.. ade suami pun nak manje lagi dengan ayah.. Ape pun Tahniah kepada anak kesayangan ayah dan menantu kesayangan Faris kerana jadi ibu dan ayah. Ambillah amanah Allah ini dengan sebaik2nye dan sekarang baru kamu faham kenapa mak dan ayah kamu terasa sedih sangat bile kamu berkasar dengan mereka.. Kerana betapa susahnye nak melahir dan menjaga kamu sehingga kamu sekarang ini.. Jagalah hati mereka sementara mereka ada di dunia ini.

Read more...

Wednesday, May 11, 2011

Sembahyang Hajat

Ya Allah Sempurnakanlah Hajat Kami...

Sedikit jamuan untuk yang hadir...

Pulau Manis, 9 MEI 2011 Isnin. Petang tu beli barang2 sikit masak2 jemput orang sebelah menyebelah dan jemput orang masjid ke umh untuk sembahyang hajat dan doa selamat. Doa selamat agar along dimudahkan bersalin dan agar baby sihat bila dilahirkan nanti. Atok doakan cucu selamat dilahirkan..InsyaAllah. hehe.. semangat nak jadi Dato.. Dato Raja Khairuddin.. Huhhh..

Read more...

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP