On line

Wednesday, May 18, 2011

Turutan Along Bersalin



HSNZ KT 18 MEI 2011 Rabu. 3.30 petang.. Aku bergegas ke hospital lepas balik sekolah, Sha tel bagi tahu.. Along nak ayah.. Sampai je terus masuk kat along.. memang sakit sangat nampak dia. Bace2 kan sikit supaya mudah bersalin.. Kejap lagi doktor check "jalan" Buke jalan 4cm dah. Terus bawak ke dewan bersalin. Nurse kat wad tu kata, " En suami, kene tunggu luar yee..nanti kalau isteri dah nakm bersalin kami akan panggil yee.." Heheee.. Sha tunggu luar dan aku balik kerana ada tetamu datang dari Kuala Lumpur.. Serba salah.. Aku telefon mak aku di Melaka mintak mereka buat sembahyang hajat untuk cucu ( Along ) dan cicitnye agar selamat belake. Duk kejap, lebih kurang pukul 5.00 petang, Along sendiri telefon bagi tahu, dia dah bersalin... Alhamdulillah.. xsedar air mate menitik menandakan syukur pada Ilahi atas kurniaannya. Aku lanjutkan kegembiraan ini pada Ibuku dan Ayahku di Melaka dan mengucapkan tahniah kpd mereka kerana bergelar Unyang (Moyang). Kemudian daripada itu baru aku telefon Sha bagi tahu bahawa dia dan madu2nya telah bergelar "NENEK MUDA".

Pulau Manis, 19 MEI 2011. Pagi tu aku bangun awal.. Aku ambil cuti ari tu.. Lepas solat subuh dan bace beberapa lembar Mushaf AlQuran, aku terus ke kamar mandi untuk membasuh uri. Setelah basuh aku balutkan dengan napkin baru dan terus menuju ke rumah mertuaku di Telemong. Disana ku "semadikannye" (hehee.. boleh ke guna perkataan semadi ek ??)

HSNZ KT 19 MEI 2011 Bila dah siap masak untuk along aku terus ke hospital untuk jumpe cucu yang telah sekian lama ku tunggu2. Huhhh... comey nyee... macam along kecik2 dulu.. Along nie memang manje dengan ayah.. ape2 pun mesti cari ayah.. tengok la tuu.. makan pun nak ayah suap.. Mase sakit nak bersalin, nak ke tandas pun ajak ayah teman.. Alongg... alongg.. ade suami pun nak manje lagi dengan ayah.. Ape pun Tahniah kepada anak kesayangan ayah dan menantu kesayangan Faris kerana jadi ibu dan ayah. Ambillah amanah Allah ini dengan sebaik2nye dan sekarang baru kamu faham kenapa mak dan ayah kamu terasa sedih sangat bile kamu berkasar dengan mereka.. Kerana betapa susahnye nak melahir dan menjaga kamu sehingga kamu sekarang ini.. Jagalah hati mereka sementara mereka ada di dunia ini.

0 comments:

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP