On line

Wednesday, March 2, 2011

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

Disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok

Alhamdulillah...

SK BUKIT MUNDOK,1 Mac 2011 Selasa, Lepas rehat ada taklimat daripada GB. Tak tahu taklimat ape.. Rupa2nya GB En Rahiman b Muhamed nak sampaikan surat pergerakan gaji kpd semua guru dan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG. Terharu bercampur gembira kerana aku terpilih. Terkejut gak... namun aku tetap bersyukur atas kurniaanNya. Semua ini ku sandarkan atas doa dari Ibu bapa tersayang di kampung yang sentiasa ingin melihat anak2nya berjaya.. Kejayaan ini kejayaan bersama.. keluargaku, isteri2ku, anak2ku..dan cucuku, InsyaAllah.

Read more...

Saturday, November 20, 2010

BERTUNANG ANGAH





Read more...

Saturday, September 11, 2010

HARI RAYA 2010


Selamat Hari Raya
Fitrah

Pulau Manis, Terengganu 10 September 2010 Di kesempatan di ruang ini aku memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran secara tersengaje atau diluar pengetahuan yang membuatkan terguris hati dan menyinggung perasaan. Bagi pihak isteri2ku dan anak2 aku juga turut mewakili. Jika ada yang tidak dapat diselesaikan di ruangan blog ini berhubunglah agar segala kekusutan dapat dirungkai dan diselesaikan. Aku ingin bebas dari segala dosa antara makhluk dan dengan Tuhan Yang Maha Pemaaf akan aku Bertaubat kepadaNya.. InsyaAllah.

Pagi Raye...
Berkurangan seorang anakku ( Along )
Tahun nie dia berhari Raye di kg suaminye di Kelantan.
First time aku berhari Raye tidak bersama dengan
Mak dan Ayah aku. Sedih sgt ase.. Kemaafan ku
kirimkan di angin lalu melalui teknologi canggih
dan terasa kesedihan bile seorang ibu dan ayah
memaafkan anaknye di dunia dan
di akhirat..




Read more...

Wednesday, September 1, 2010

MOHON MAAF


Aku nak ambil kesempatan di ruang ini untuk memperbetulkan kesalahan yang telah aku tulis dalam ruangan ini baru2 nie... Setelah dimuhasabah dan atas dasar kerendahan hati Aku mohon maaf atas kesalahan yang telah menyinggung hati dan perasan mereka yang berkenaan. Tiaada ayat membela diri atau ape2 alasan.. Aku selepas ini harus lebih2 berhati2 dalam melahirkan ayat2 agar tiada yang terasa.. Juga yang paling penting sekali kalau dengar dari mulut orang jangan terus ditelan.. Kalau x.. beginilah lah jadinya.. Aku seikhlas hati menghulurkan kemaafan agar sudi dimaafakan kerana aku sedar aku adalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan sesilapan.

Read more...

Monday, July 19, 2010

ulang tahun perkahwinan aku dan ana yg ke 4

Read more...

Friday, July 2, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULUNGKU

RENTETAN PERISTIWA
MAJLIS PERKAHWINAN ANAKKU
RAJA UMMU ATIYAH DAN AHMAD FARIS

10 Jun 2010, Khamis. Pagi : Bermula pagi orang2 kampung Kg Pulau Manis memenuhi ruang kerja. Kami sekeluarga bangun awal bagi menguruskan perkakas2 yang diperlukan. tak sangka ramai sungguh yang hadir membantu dalam memeriahkan lagi majlis. Alhamdulillah... semuanya berjalan mengikut jadual. Tok ki dan Mak Ayah Melaka banyak memberi sumbangan buah fikiran. Aku xtahu je.. aku tanya. Saudara mara saling bantu membantu tak kira penat lelah. Kepada semua aku ucap berbanyak2 terima kasih.. Jauh2 datang.. Terharu sangat ase kerana 20 tahun aku diperantauan nie baru keluarga aku dapat berkumpul dan bersatu. Banyak hikmah yang terjadi sempena perkahwinan anak ku ini..
Malam sebelum nie kita orang rebus telor.. 2500 bijik. Waww..banyak tu. Buat bunga telor, paking keropok, beg cenderahati, gantung langsir, jahit baju... macam kerja.. anak2 buah giat membantu.. Meriah sangat.. best. Orang2 kerja balik mandi dan sembahyang,pah tu datang semula menolong.. Mcam tu lah semangat kerjasama masyarakat kampuang Pulau Manis.. xkira fahaman politik, xkira baru lama jadi org kampung tu, semua dikira sama.. bersaudara..
10 Jun 2010, Khamis. Petang : Selepas Asar xsangka ramai sungguh orang kampung dari pihak kaum lelaki terutama pemuda2 kampung. Aku kira2 dekat 40 orang datang tolong lapah lembu. EMPAT EKOR.... 3 ekor aku sembeleh sendiri. sekor lagi aku bagi pada cikgu Mat sebagai meraikan dia sebagai tukang sembeleh di kampung tu.. 4 ekor tu aku tengok selesai dalam masa sejam je..cepat sungguh dia orang wat kije.. Alhamdulillahh..
10 Jun 2010, Khamis. malam : Sebelum magrib Ayah dan Mak aku memberikan pada cucu kesayangannya sepasang subang sebagai tanda kenang2an dari opah dan atok. Atok pakaikan sebelah.. Opah pakaikan sebelah.. Hehe..tp gambar tu xdpt disiarkan disini kerana untuk tontonan muhrim sahaja...
10 Jun 2010, Khamis. Malam : Selepas Isyak.. Lokasi di MASJID KG PULAU MANIS. MAJLIS AQAD NIKAH ANAKKU. Majlis yang memisahkan tanggung jawab selama 18 tahun seorang ayah terhadap anaknya.. Majlis yang memindahkan ketaatan seorang anak kepada seorang suami.. Majlis yang menghilangkan status seorang gadis kepada seorang ISTERI.. Walau apa pun itulah hakikatnya... Aku sendiri yang menikahkan mereka.. "Ahmad Faris bin Mohd Lutfi.. (sambil bersalam dan menggoncangkan sedikit tangan) lalu dijawab oleh bakal menantuku "saya" selepas itu aku memulakan lafaz ijab :" Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan akan dikau dengan anak perempuanku RAJA UMMUN ATIYAH BTE RAJA KHAIRUDDIN dengan mas kahwinnya 5ribu ringgit TUNAI.." lalu di jawab kabul oleh bakalbakal menantuku " Aku terima nikahnya seperti yang tersebut itu... " disambut oleh saksi sambil mengangguk2kan kepala dengan ucapan sah.. sahh... lalu bacaan doa kesyukuran dibacakansebagai tanda sah bahawa mereka sekarang adalah suami isteri yang sah..


Read more...

Thursday, June 10, 2010

AQAD NIKAH


Aku aqad nikahkan sendiri antara anakku dengan menantuku. Majlis berlansung dengan lancar di Masjid Pulau Manis, Kuala Trg. SELAMAT PENGANTIN BARU

Read more...

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP