On line

Monday, May 23, 2011

Cucuku kene Jaundis ( Demam Kuning )

Bertukar klinik dari klinik Intan ke Klinik Keluarga

Kene duduk bawah lampu
sinaran biru - Kuning

Berkampung di Klinik Keluarga 10 jam

Suap susu guna botol je.. Walaupun along ade

Read more...

Wednesday, May 18, 2011

CUCUKU SAYANG

Akhirnya Penantianku berakhir dengan lafaz Syukur kpd
Yang Maha Esa...Cucuku pertama ini menyandangkan
aku suatu gelaran dalam hidupku iaitu gelaran
" TOK AYAH"Anakmu... Cucu Kami...
Tok Ayah.. Nek Mak.. Nek Umie.. Nek Mama

Read more...

Turutan Along Bersalin



HSNZ KT 18 MEI 2011 Rabu. 3.30 petang.. Aku bergegas ke hospital lepas balik sekolah, Sha tel bagi tahu.. Along nak ayah.. Sampai je terus masuk kat along.. memang sakit sangat nampak dia. Bace2 kan sikit supaya mudah bersalin.. Kejap lagi doktor check "jalan" Buke jalan 4cm dah. Terus bawak ke dewan bersalin. Nurse kat wad tu kata, " En suami, kene tunggu luar yee..nanti kalau isteri dah nakm bersalin kami akan panggil yee.." Heheee.. Sha tunggu luar dan aku balik kerana ada tetamu datang dari Kuala Lumpur.. Serba salah.. Aku telefon mak aku di Melaka mintak mereka buat sembahyang hajat untuk cucu ( Along ) dan cicitnye agar selamat belake. Duk kejap, lebih kurang pukul 5.00 petang, Along sendiri telefon bagi tahu, dia dah bersalin... Alhamdulillah.. xsedar air mate menitik menandakan syukur pada Ilahi atas kurniaannya. Aku lanjutkan kegembiraan ini pada Ibuku dan Ayahku di Melaka dan mengucapkan tahniah kpd mereka kerana bergelar Unyang (Moyang). Kemudian daripada itu baru aku telefon Sha bagi tahu bahawa dia dan madu2nya telah bergelar "NENEK MUDA".

Pulau Manis, 19 MEI 2011. Pagi tu aku bangun awal.. Aku ambil cuti ari tu.. Lepas solat subuh dan bace beberapa lembar Mushaf AlQuran, aku terus ke kamar mandi untuk membasuh uri. Setelah basuh aku balutkan dengan napkin baru dan terus menuju ke rumah mertuaku di Telemong. Disana ku "semadikannye" (hehee.. boleh ke guna perkataan semadi ek ??)

HSNZ KT 19 MEI 2011 Bila dah siap masak untuk along aku terus ke hospital untuk jumpe cucu yang telah sekian lama ku tunggu2. Huhhh... comey nyee... macam along kecik2 dulu.. Along nie memang manje dengan ayah.. ape2 pun mesti cari ayah.. tengok la tuu.. makan pun nak ayah suap.. Mase sakit nak bersalin, nak ke tandas pun ajak ayah teman.. Alongg... alongg.. ade suami pun nak manje lagi dengan ayah.. Ape pun Tahniah kepada anak kesayangan ayah dan menantu kesayangan Faris kerana jadi ibu dan ayah. Ambillah amanah Allah ini dengan sebaik2nye dan sekarang baru kamu faham kenapa mak dan ayah kamu terasa sedih sangat bile kamu berkasar dengan mereka.. Kerana betapa susahnye nak melahir dan menjaga kamu sehingga kamu sekarang ini.. Jagalah hati mereka sementara mereka ada di dunia ini.

Read more...

Wednesday, May 11, 2011

Sembahyang Hajat

Ya Allah Sempurnakanlah Hajat Kami...

Sedikit jamuan untuk yang hadir...

Pulau Manis, 9 MEI 2011 Isnin. Petang tu beli barang2 sikit masak2 jemput orang sebelah menyebelah dan jemput orang masjid ke umh untuk sembahyang hajat dan doa selamat. Doa selamat agar along dimudahkan bersalin dan agar baby sihat bila dilahirkan nanti. Atok doakan cucu selamat dilahirkan..InsyaAllah. hehe.. semangat nak jadi Dato.. Dato Raja Khairuddin.. Huhhh..

Read more...

Wednesday, May 4, 2011

ALONG Masuk Wad BERSALIN

BERKAMPUNG DI HOSPITAL

Bersama Along di wad


Sampai tido2 kediri... menunggu

Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, 5 April 2011, Selasa. Malam tu aku giliran umh Sha. Selepas makan malam dengan menantu aku dan solat Isyak, sha panggil aku masuk ke bilik along.. Along sakit perut. Nak bersalin dah kut.. dengan pantas aku angkat along masuk kereta bawak gi klinik. Sampai kat klinik misi suh bawak gi Hospital.
Malam tu sampai kul 2 pg baru along dimasukkan ke dewan bersalin untuk rehat. Kata doktor, Along sampai masa nak bersalin tapi baby.. cucu aku lee hehe.. kecik sangat (1kg). So dia terpaksa bg ubat tahan beranak dan bagi ubat untuk mematangkan paru2. Entah laahh.. macam2 pandai manusia nie. Nak beranak boleh kee tahan2. Kalau nak berak kalau ditahan2 jadi penyakit pulak.. Beranak xper kuutt...
Setelah dua hari berkampung kt hospital along dipindahkan pulak ke wad menunggu. Aku dan angkatan perang balik dulu yang tinggal hanyalah komanden (Sha) dan Laksamana perang je ( menantu aku ) in case kalau ade ape2.

Read more...

Sunday, May 1, 2011

FAMILY DAY DI SEKAYU KUALA BERANG

Huhhh... 3 Buah kereta baru muat untuk semua
anak beranak berangkat ke Sekayu

Sama tolong menolong angkat barang
ke tapak perkhemahan

Bakar ayam, ikan, sotong, udang, soses, dan
macam2 lagi best...

Sejuk air...

Potong kek... Sambutan aku menerima anugerah cemerlang
dan haru jadi anak, menantu dan tunang anak ku
tarikh dekat2.. jikat sikek hehe..

Kuala Berang, Sekayu 26 April 2011, Selasa. Perancangan dibuat lebih awal, dua minggu sebelum. Kami Sha, Ju , Ana dan Aku bermesyuarat menyenaraikan barang2 yang nak masak dan hemper2.. mcm2 jadah nye. Tapi bila perlaksanaannye budget jadi dua kali ganda.. Huuhh reboohh tokey.. Tp xper asal bahagia. Pagi Ahad hantar borang cuti. GB kata wawk ade kursus Selasa hingga Khamis.. Ape lagi terbeliak mate aku terkejut.. Aku kata.. kursus ke ape kee.. aku tetap nak cuti.. Nak xnak GB terpaksa meluluskan dengan berat tangan menyain borang cuti aku..
Seawal pukul 8 semua org dah ready. Tapi mak2 3 org tu xawal dah kerana dia org xtidur semalaman. Itu ini.. Itu ini... pukul 9.30 jugak bertolak. Singgah Pasar Kuala Berang beli ikan fresh. Sampai kat pukul 10.30 pg. Kita org sama2 wak turun barang. Pasang khemah.. Hidupkan api untuk bakar ayam. Makan2.. mandi2.. Huhh heppy sangat.. menantu dan bakal menantu aku rupenye spoting orgnye.
Aktiviti permainan ade jugak.. Bagi aktiviti menyelam paling lama.. Ayah no 1. Kupas epal Ana no 1, Ju no 2, Sha no 3. Anak dari umur 2 hingga 12 thn lumba kaki gajah mengikut umur. Aktiviti tambahan makan epal dalam bakul. Faris 1, Syafiq 2, Shahril no 3 dan Iwan no 4. Semua dapat hadiah hemper kecuali hadiah mak2 hadiah duit. Tempat 1 - RM10, Kedua RM5, Ketiga 3, Keempat RM2, Kelima RM1.
Lepas tu lak potong kek tahniah anugerah kecemerlangan dan harijadi ( Faris, Syahril dan Najmi ). Potong sama2. Hadiah harijadi baju. Aku dapat kasut sukan dan set (kichen dan pen). Kat kitchen ade tulis Guru Yang Dihormati. Terima kasih laa.. wt susah2 je. Rasa dihargai dan terima kasih kepada semua isteri2ku dan anak2.
Lepas tu ujan lebat sangat.. rede skek kami pun balik. Sampai umah pukul 8 malam. Esok kene gi kursus pulak di Merang... Aku ucapkan berbanyak2 tksh kepada semua dan aku sayang semua.. sayang sangat2.

Read more...

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP