On line

Saturday, February 25, 2012

Menjemput

 Cucu ku..
 
 
 Pok Chang Maras dan Kak Tam Melaka

Terengganu 25 Febuari 2012 Sabtu. Balik sekolah hari Khamis lepas jamuan perpisahan yang buat di Hotel Vista Kuala Trengganu, malam lebih kurang pukul 9 malam aku bertolak ke Cheneh Kemaman. Pagi sampai sebelum Jumaat aku bereskan jemputan di Cheneh. Lepas tu aku Sarang Semut Kemaman menjemput keluarga yang mengasuh angah mase sekolah Darul taqwa Kemaman 15 tahun dulu. Kami teruskan perjalanan ke Chukai Kemaman, pertemuan yang menyayat hati selam 30 tahun tak bertemu, keluarga Sha dan lamsung menjemput. Berehnti pulak di Dungun menjemput abg aziz dan keluarga... Kebetulan dia kedai pengantin, dia bagi pinjam 6 pasang baju pengantin.. penuh bonet kereta. Malam tu tido umh Ana Kbg Jela. Pagi bertolak ke umh Abg Yie ( Abg Sulung Ju). Kami singgah menjemput di Maras. Tempat Angah dilahirkan. Menangis Mak Su.. Angah banyak bermanje dengan mak su mase kecik. Mase tu aku belajar di Maktab lagi. Pok Chang nak sponser tembikai. Terus kan perjalanan, sampai di simpang bagi pilihan ke sha, samaada ke kiri (Pak Kancil Setiu) atau ke kanan (Pasir Puteh Kltn - kat cucu). Sha yang tak tahu mane arah kate kanan.. so aku pun ke pasir puteh laa.. Dapat jumpe cucu dan terus menjemput besan aku dan sedara mare sebelah along. Balik aku singgah menjemput pulak di Pak Kancil. Bertemu kawan-kawan dan anak murid mengaji aku disana. Balik kerumah Ana pukul 11.30 malam. Huuhhhh penat nak terima menantu nie weeehhhh... Kene giliran ko rang nanti baru ko rang taw macamana.. Tapi saba je lahhh..






0 comments:

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP