On line

Wednesday, May 4, 2011

ALONG Masuk Wad BERSALIN

BERKAMPUNG DI HOSPITAL

Bersama Along di wad


Sampai tido2 kediri... menunggu

Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, 5 April 2011, Selasa. Malam tu aku giliran umh Sha. Selepas makan malam dengan menantu aku dan solat Isyak, sha panggil aku masuk ke bilik along.. Along sakit perut. Nak bersalin dah kut.. dengan pantas aku angkat along masuk kereta bawak gi klinik. Sampai kat klinik misi suh bawak gi Hospital.
Malam tu sampai kul 2 pg baru along dimasukkan ke dewan bersalin untuk rehat. Kata doktor, Along sampai masa nak bersalin tapi baby.. cucu aku lee hehe.. kecik sangat (1kg). So dia terpaksa bg ubat tahan beranak dan bagi ubat untuk mematangkan paru2. Entah laahh.. macam2 pandai manusia nie. Nak beranak boleh kee tahan2. Kalau nak berak kalau ditahan2 jadi penyakit pulak.. Beranak xper kuutt...
Setelah dua hari berkampung kt hospital along dipindahkan pulak ke wad menunggu. Aku dan angkatan perang balik dulu yang tinggal hanyalah komanden (Sha) dan Laksamana perang je ( menantu aku ) in case kalau ade ape2.

Read more...

Sunday, May 1, 2011

FAMILY DAY DI SEKAYU KUALA BERANG

Huhhh... 3 Buah kereta baru muat untuk semua
anak beranak berangkat ke Sekayu

Sama tolong menolong angkat barang
ke tapak perkhemahan

Bakar ayam, ikan, sotong, udang, soses, dan
macam2 lagi best...

Sejuk air...

Potong kek... Sambutan aku menerima anugerah cemerlang
dan haru jadi anak, menantu dan tunang anak ku
tarikh dekat2.. jikat sikek hehe..

Kuala Berang, Sekayu 26 April 2011, Selasa. Perancangan dibuat lebih awal, dua minggu sebelum. Kami Sha, Ju , Ana dan Aku bermesyuarat menyenaraikan barang2 yang nak masak dan hemper2.. mcm2 jadah nye. Tapi bila perlaksanaannye budget jadi dua kali ganda.. Huuhh reboohh tokey.. Tp xper asal bahagia. Pagi Ahad hantar borang cuti. GB kata wawk ade kursus Selasa hingga Khamis.. Ape lagi terbeliak mate aku terkejut.. Aku kata.. kursus ke ape kee.. aku tetap nak cuti.. Nak xnak GB terpaksa meluluskan dengan berat tangan menyain borang cuti aku..
Seawal pukul 8 semua org dah ready. Tapi mak2 3 org tu xawal dah kerana dia org xtidur semalaman. Itu ini.. Itu ini... pukul 9.30 jugak bertolak. Singgah Pasar Kuala Berang beli ikan fresh. Sampai kat pukul 10.30 pg. Kita org sama2 wak turun barang. Pasang khemah.. Hidupkan api untuk bakar ayam. Makan2.. mandi2.. Huhh heppy sangat.. menantu dan bakal menantu aku rupenye spoting orgnye.
Aktiviti permainan ade jugak.. Bagi aktiviti menyelam paling lama.. Ayah no 1. Kupas epal Ana no 1, Ju no 2, Sha no 3. Anak dari umur 2 hingga 12 thn lumba kaki gajah mengikut umur. Aktiviti tambahan makan epal dalam bakul. Faris 1, Syafiq 2, Shahril no 3 dan Iwan no 4. Semua dapat hadiah hemper kecuali hadiah mak2 hadiah duit. Tempat 1 - RM10, Kedua RM5, Ketiga 3, Keempat RM2, Kelima RM1.
Lepas tu lak potong kek tahniah anugerah kecemerlangan dan harijadi ( Faris, Syahril dan Najmi ). Potong sama2. Hadiah harijadi baju. Aku dapat kasut sukan dan set (kichen dan pen). Kat kitchen ade tulis Guru Yang Dihormati. Terima kasih laa.. wt susah2 je. Rasa dihargai dan terima kasih kepada semua isteri2ku dan anak2.
Lepas tu ujan lebat sangat.. rede skek kami pun balik. Sampai umah pukul 8 malam. Esok kene gi kursus pulak di Merang... Aku ucapkan berbanyak2 tksh kepada semua dan aku sayang semua.. sayang sangat2.

Read more...

Saturday, April 16, 2011

Umur Meningkat Penyakit pun Mula Datang

Berat Badan turun 7 kilo.. Dalam masa 2 minggu
Kehendak Ilahi..Terima aje laahh..


Klinik Telemong 17 April 2011, Ahad Pagi ni bagi msj kat member2 masuk sekolah lewat skek kerana nak gi klinik. Seminggu dah dah rasa macam tak betul je rutin harian aku nie. Tekak haus jee.. nak minum air sokmo.. Pah tu pulak buang air kecil kerap sangat... Orang kata kencing manis.. Takuuttt.. Ari nie aku memberanikan diri untuk pergi berjumpa dengan HA di klinik Telemong. Bacaan darah yang di uji ialah 14.2.. Huuuhhhhh... Terperanjat besaw akuu.. HA tu kata kalau 14 kene buka akaun laahh... sedeh sangat akuu.. Ketiga-tiga isteri aku ada bersama. Merekalah yang memberi semangat dan motivasi kat aku supaya jangan bersedeh dan macam2 lah nasihat yang bernas. Lepas tu kene amik darah laa.. cek jantung..normal ( Alhamdulillah ). Mata..(ok). Buah pinggang ada +2 protien. Kene amik darah lagi. Darah tinggi 130/90..boleh laa. Aku terima semua ini sebagai takdir dan ujian dari Allah.. Allah tahu ape yang patut bagi hambanya.. Yaa Allah..

Read more...

Wednesday, March 2, 2011

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010

Disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mundok

Alhamdulillah...

SK BUKIT MUNDOK,1 Mac 2011 Selasa, Lepas rehat ada taklimat daripada GB. Tak tahu taklimat ape.. Rupa2nya GB En Rahiman b Muhamed nak sampaikan surat pergerakan gaji kpd semua guru dan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG. Terharu bercampur gembira kerana aku terpilih. Terkejut gak... namun aku tetap bersyukur atas kurniaanNya. Semua ini ku sandarkan atas doa dari Ibu bapa tersayang di kampung yang sentiasa ingin melihat anak2nya berjaya.. Kejayaan ini kejayaan bersama.. keluargaku, isteri2ku, anak2ku..dan cucuku, InsyaAllah.

Read more...

Saturday, November 20, 2010

BERTUNANG ANGAH





Read more...

Saturday, September 11, 2010

HARI RAYA 2010


Selamat Hari Raya
Fitrah

Pulau Manis, Terengganu 10 September 2010 Di kesempatan di ruang ini aku memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran secara tersengaje atau diluar pengetahuan yang membuatkan terguris hati dan menyinggung perasaan. Bagi pihak isteri2ku dan anak2 aku juga turut mewakili. Jika ada yang tidak dapat diselesaikan di ruangan blog ini berhubunglah agar segala kekusutan dapat dirungkai dan diselesaikan. Aku ingin bebas dari segala dosa antara makhluk dan dengan Tuhan Yang Maha Pemaaf akan aku Bertaubat kepadaNya.. InsyaAllah.

Pagi Raye...
Berkurangan seorang anakku ( Along )
Tahun nie dia berhari Raye di kg suaminye di Kelantan.
First time aku berhari Raye tidak bersama dengan
Mak dan Ayah aku. Sedih sgt ase.. Kemaafan ku
kirimkan di angin lalu melalui teknologi canggih
dan terasa kesedihan bile seorang ibu dan ayah
memaafkan anaknye di dunia dan
di akhirat..




Read more...

Wednesday, September 1, 2010

MOHON MAAF


Aku nak ambil kesempatan di ruang ini untuk memperbetulkan kesalahan yang telah aku tulis dalam ruangan ini baru2 nie... Setelah dimuhasabah dan atas dasar kerendahan hati Aku mohon maaf atas kesalahan yang telah menyinggung hati dan perasan mereka yang berkenaan. Tiaada ayat membela diri atau ape2 alasan.. Aku selepas ini harus lebih2 berhati2 dalam melahirkan ayat2 agar tiada yang terasa.. Juga yang paling penting sekali kalau dengar dari mulut orang jangan terus ditelan.. Kalau x.. beginilah lah jadinya.. Aku seikhlas hati menghulurkan kemaafan agar sudi dimaafakan kerana aku sedar aku adalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan sesilapan.

Read more...

MSJ ANDA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP